16 July 2009

ARE BUDDY JUARA NMI MINGGU 31

TV 2 - Daurah NMI (Minggu 31)

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 31

Siaran: 10 Julai 2009/ 18 Rajab 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2

Vj: Suraya

Pada minggu ini vj Suraya masih berseorangan di studio kerana vj Sufyan meneruskan cuti. Pada minggu ini juga didapati persaingan dalam daurah terus menunjukkan ada kenaikan dan kejatuhan lagu yang ketara. Tidak ada lagu baharu dicalonkan dan tidak ada lagu disingkirkan. Pun begitu Nmi tetap akan mencalonkan lagu-lagu baharu sekiranya ada pencalonan dari syarikat rakaman. Anda dinasihatkan agar terus mengundi lagu-lagu yang masih berada dalam daurah bukan yang telah tersingkir untuk menentukan kedudukan daurah.

ALHAMDULILLAH, Pada minggu ini ARE BUDDY berjaya mmerampas gelaran JUARA daurah NMI dimana perubahan yang begitu besar melompat enam anak tangga dari tangga ke 7 pada minggu keempat bermula kemasukkan ARE BUDYY ke dalam carta daurah NMI kepada tangga ke pertama minggu ke tima ARE BUDDY dalam carta daurah NMI. TERUSKAN MENGUNDI

Undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip NMI (jarak) AB177 hantarkan ke 32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- masukkan kod lagu (AB177) dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

Jangan lupa bermula minggu ke 34 NMI akan mula mengundi lagu-lagu untuk finalis Juara Nmi ke 5 bagi tahun 2009. Jadi, sentiasalah menonton Nmi untuk mengetahui 10 lagu yang perlu diundii untuk memilih hanya 5 Finalis Top.I ngat 3 Minggu sahaja lagi!!!


Terima kasih


Nmi....the only nasheed charts on tv produced by Jakim in Malaysia.


Panel :
Penerbit :M.AzizMahmood
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30

No comments:

Post a Comment