16 July 2009

ARE BUDDY DI TEMPAT KE 4 PADA MINGGU KE ENAM KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI

TV 2 - Daurah NMI (Minggu 32)

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 32

Siaran: 17 Julai 2009/ 24 Rejab 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2-RTM

Vj: Suraya

Pada minggu ini vj Suraya masih berseorangan di studio kerana vj Sufyan meneruskan cuti. Kedudukan daurah pada minggu ini terus berubah terutama kedudukan juara mingguan yang berkemungkinan akan dirampas oleh lagu yang lain pula. Walau bagaimana pun kedudukan mutakhir hanya akan dapat anda ketahui semasa siaran minggu ini.

Pada minggu ini ARE BUDDY telah jatuh begitu mendadak kerana turun tiga anak tangga dari tangga ke pertama lantas merampas gelaran juara pada minggu kelima bermula kemasukkan ARE BUDYY ke dalam carta daurah NMI kepada tangga ke 4 minggu ke empat ARE BUDDY dalam carta daurah NMI.

Semua undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip nmi ab177 hantar ke 32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- tuliskan kod lagu arebuddy, ab177 dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

Panel :
Penerbit :M.Aziz Mahmood
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30

Tarikh : 15 Julai 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Media Elektronik & Penyiaran
Editor : PRO JAKIM
Hits : 23

No comments:

Post a Comment