07 July 2009

ARE BUDDY JATUH TEMPAT KE 7 PADA MINGGU KE EMPAT KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI

TV 2 - Daurah NMI (Minggu 30)

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 30

Siaran: 3 Julai 2009/ 10 Rajab 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2

Vj: Sufian

Pada minggu ini vj Sufian masih berseorangan sahaja di studio kerana vj Suraya bercuti. Apapun, kedudukan daurah seperti tidak begitu banyak berbeza kerana undian masih tertumpu kepada pengundian kepada kumpulan tertentu sahaja. Satu lagu baharu dicalonkan dan undian hanya akan dikira selepas siaran minggu ini. Lagu tersebut adalah Selawat( tajuk asal Nur Muhammad ) nyanyian NICE. Namun begitu tidak ada lagu disingkirkan minggu ini.

Pada minggu ini ARE BUDDY telah jatuh begitu mendadak kerana turun tiga anak tangga dari tangga ke 4 pada minggu kedua bermula kemasukkan ARE BUDYY ke dalam carta daurah NMI kepada tangga ke 7 minggu ke empat ARE BUDDY dalam carta daurah NMI.

Semua undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip nmikod lagu32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- pilih 5 kod lagu berbeza dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

No comments:

Post a Comment