26 June 2009

ARE BUDDY DI TEMPAT KE 4 PADA MINGGU KETIGA KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI


TV 2 - Daurah NMI (Minggu 29)

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 29

Siaran: 26 Jun 2009/ 3 Rajab 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2

Vj: Sufian

Pada minggu ini hanya vj Sufian sahaja di studio kerana vj Suraya tidak dapat bersama. Pada minggu ini juga didapati persaingan dalam daurah terus menunjukkan ada kenaikan dan kejatuhan lagu yang ketara. Namun, kedudukan lagu tertentu seperti tidak tergugat. Tidak ada lagu baharu dicalonkan dan tidak ada lagu disingkirkan. Pun begitu Nmi tetap akan mencalonkan lagu-lagu baharu sekiranya ada pencalonan dari syarikat rakaman. Anda dinasihatkan agar terus mengundi lagu-lagu yang masih berada dalam daurah bukan yang telah tersingkir untuk menentukan kedudukan daurah.

Pada minggu ini ARE BUDDY berjaya menempatkan kedudukan yang begitu besar melompat empat anak tangga dari tangga ke 8 pada minggu kedua bermula kemasukkan ARE BUDYY ke dalam carta daurah NMI kepada tangga ke 4 minggu ke tiga ARE BUDDY dalam carta daurah NMI.

Undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip NMI (jarak) AB177 hantarkan ke 32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- masukkan kod lagu (AB177) dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

Jangan lupa bermula minggu ke 34 NMI akan mula mengundi lagu-lagu untuk finalis Juara Nmi ke 5 bagi tahun 2009. Jadi, sentiasalah menonton Nmi untuk mengetahui 10 lagu yang perlu diundii untuk memilih hanya 5 Finalis Top.

Terima kasih

Nmi....the only nasheed charts on tv produced by Jakim in Malaysia.

Panel :
Penerbit :M.AzizMahmood
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30

Tarikh : 22 Jun 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Media Elektronik & Penyiaran
Editor : PRO JAKIM

No comments:

Post a Comment