19 June 2009

ARE BUDDY DI TEMPAT KE 8 PADA MINGGU KEDUA KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI

TV 2 - Daurah NMI (Minggu 28)

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 28

Siaran: 19 Jun 2009/ 25 Jamadil akhir 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2

Vj: Sufian dan Suraya

Bagi minggu ini tidak terdapat perbezaan ketara dalam persaingan daurah tetapi pola pengundian menunjukkan pilihan lagu yang sama masih di angkat untuk di letakkan dalam kelompok top 5. Namun begitu satu lagu bakal akan disingkirkan minggu ini dan anda dapat saksikan di akhir siaran nanti. Tidak ada lagu baharu yang dicalonkan minggu ini dan juga tidak ada tetamu yang dijemput ke studio. Berikut adalah lagu-lagu yang memerlukan undian penonton bagi minggu ini. Undian lagu selain yang disenaraikan adalah terbatal.

Pada minggu ini Are Buddy berjaya menduduki tangga ke lapan melompat dua anak tangga dari tannga ke 10 hingga ke 8.. Teruskan mengundi ARE BUDDY dengan kod lagu ini adalah ab177 dan anda boleh mengundinya apabila selesai siaran minggu ini.

Undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip NMI (jarak) AB177 hantarkan ke 32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- masukkan kod lagu (AB177) dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

Nmi juga ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan DG-WA yang telah menjadi juara Festival Nasyid Peringkat Antara Kementerian 2009 yang berlangsung pada 10 Jun lalu. Semoga berjaya di peringkat Festival Nasyid Kebangsaan Oktober nanti.

Panel :
Penerbit :M.AzizMahmood
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30

Tarikh : 16 Jun 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Media Elektronik & Penyiaran
Editor : PRO JAKIM

Sumber; http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4081

No comments:

Post a Comment