12 June 2009

ARE BUDDY DI TEMPAT KE 10 PADA MINGGU PERTAMA KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI

TV 2 - Daurah NMI (Minggu 27)

PROMO MINGGU KE 27 NMI 2009

Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 26

Siaran: 12 Jun 2009/ 19 Jamadil akhir 1430/Jumaat

Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2

Saluran: tv2

Vj: Sufian dan Suraya

Minggu ini merupakan minggu PERTAMA bagi musim keTIGA tahun ke 6 nmi bersiaran. Lagu baharu yang dicalonkan Annida u Minal Amak oleh kumpulan baharu Are Buddy berjaya memasuki tapak ke 10 carta Daurah NMI minngu 27 . Kod lagu ini adalah ab177 dan anda boleh mengundinya apabila selesai siaran minggu ini.Tiada tetamu dijemput sebagai tetamu jemputan. Pyan dan Suraya akan membaca kiriman emel anda yang terpilih.

Semua undian hendaklah dibuat melalui:

Sms- taip NMI (jarak) AB177 hantarkan ke 32728. Setiap sms akan dicaj 50 sen tidak termasuk caj biasa pengendali talian.

e-mel- masukkan kod lagu (AB177) dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak.

Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya.

Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat.

NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.

sumber; www.islam.gov.my

No comments:

Post a Comment