| ||
PROMO MINGGU KE 26 NMI 2009 Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 26 Siaran: 5 Jun 2009/ 11 Jamadil akhir 1430/Jumaat Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2 Saluran: tv2 Vj: Sufian dan Suraya Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi musim kedua tahun ke 6 nmi bersiaran dan satu lagu baharu akan dicalonkan dan tiada lagu yang akan disingkirkan. Lagu baharu yang dicalonkan adalah lagu Annida u Minal Amak oleh kumpulan baharu Are Buddy melalui album pertama mereka.Kod lagu ini adalah ab177 dan anda boleh mengundinya apabila selesai siaran minggu ini.Tiada tetamu dijemput sebagai tetamu jemputan. Pyan dan Suraya akan membaca kiriman emel anda yang terpilih. Semua undian hendaklah dibuat melalui: Sms- taip NMI e-mel- masukkan kod lagu (AB177) dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak. Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek :Surat untuk Nmi. Untuk menghantar kad kreatif alamatkan kepada: penerbit nmi, Bhg Media Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, aras 3, blok d9, kompleks d, 62519 Putrajaya. Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat. NMI carta nasyid tv pertama di Malaysia masih mantap.
| ||
Panel : | ||
Penerbit :M.AzizMahmood | ||
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30 | ||
|
Sumber : Pengarah Bahagian Media Elektronik & Penyiaran
Editor : PRO JAKIM
sumber; www.islam.gov.my
SaLam....
ReplyDeletecamne prkembangan study?