Assalamualaikum w.b.r
Dengan nada paling sayu bersama jiwa yang mengharapkan sokongan dari sahabat sekalian, kami sangat-sangat memohon maaf kerana telah lama tidak sempat berkongsi suka dan duka hidup dalam perjuangan di laman yang begitu indah ini.. InsyAllah, jika di beri kelapangan waktu kami akan secepatnya untuk m'update blog ini..
Bersama kata-kata syahdu ini, kami titipkan link ke facebook kami bagi yang belum mengetahuinya :-
http://www.facebook.com/note.php?saved&¬e_id=145035178875686&id=338967933111#!/pages/Are-Buddy-Abadi-/338967933111
Kami lebih banyak updatekan aktiviti kami di situ kerana ianya lebih cepat dan senang. Mungkin itulah antara faktornya blog nie lupa nak di update.. Sekali lagi maafkan kami, tiada lagi kata-kata yang lebih indah selain dari doa sahabat pada sahabatnya.. Doakan kami dapat bertahan dalam industri di saat irama nasyid sudah kurang diminati oleh banyak orang.. Semoga kami mampu cetuskan sesuatu yang dapat menyegarkan kembali irama nasyid di Malaysia khususnya insyAllah...
28 October 2010
Sahabat yang sangat ku cintai...
28 November 2009
Salam Aidil Adha 1430
"Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!!"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog ini, terima kasih kami ucapkan sepanjang kelahirannya, pengunjung masih lagi maintain bersama-sama kami. Berkat kesabaran dan usaha kita semua, laman rasmi masih lagi gah di persada blogging!
Di kesempatan ini, saya selaku wakil pihak krew serta ahli keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia,saat mulia dalam Islam iaitu AidilAdha! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya.
Nampak tak ayat ‘quote’ di atas? haa.. itu cuma sebahagian ayat SMS yang saya terima daripada rakan-rakan yang masih mengingati saya, Terima Kasih saya ucapkan.. Yang mana saya tak sempat SMS atau call, jangan marah, bukan saya lupa.. tidak, cuma kesibukan mengatasi segalanya. Walaupun sibuk saya tetap akan menlapangkan masa dalam hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA”
29 September 2009
Mungkin Ada Yang Terluka..
"Mungkin ada lisan yang tak terjaga,
janji yang tak tertunai, hati yang berprasangka dan salah yang pernah dilakukan.. Mohon maaf untuk segalanya.."
" Sesungguhnya kami insan yang lemah dan selalu melakukan kesilapan demi kesilapan.. Dalam melangkah kadang tersalah, dalam berjaga kadang terleka, dalam bersahabat kadang terluka.. "
" Ukhwah Fillah, tidakkan musnah walaupun ombak walau badai mendesah. Tautan erat tak mungkin patah, dengan Bismullah kita berbai'ah.. Amin..."
19 September 2009
Minal A'idin Wa Fa'izin
Salam AidilFitri, Minal A'idin Wal Fa'zin..
13 August 2009
Konsert Are-Buddy di KUIN..
23 July 2009
ARE BUDDY DI WAKAF CHE YEH - KELANTAN.FM
16 July 2009
ARE BUDDY DI TEMPAT KE 4 PADA MINGGU KE ENAM KEMASUKKAN AREBUDDY DALAM DAURAH NMI
| ||
Rancangan : Daurah Nmi minggu ke 32 Siaran: 17 Julai 2009/ 24 Rejab 1430/Jumaat Waktu: 6 pagi dan ulangsiar 2.30 petang* siaran ulangan tertakluk kepada pindaan akhir pihak tv2 Saluran: tv2-RTM Vj: Suraya Pada minggu ini vj Suraya masih berseorangan di studio kerana vj Sufyan meneruskan cuti. Kedudukan daurah pada minggu ini terus berubah terutama kedudukan juara mingguan yang berkemungkinan akan dirampas oleh lagu yang lain pula. Walau bagaimana pun kedudukan mutakhir hanya akan dapat anda ketahui semasa siaran minggu ini. Pada minggu ini ARE BUDDY telah jatuh begitu mendadak kerana turun tiga anak tangga dari tangga ke pertama lantas merampas gelaran juara pada minggu kelima bermula kemasukkan ARE BUDYY ke dalam carta daurah NMI kepada tangga ke 4 minggu ke empat ARE BUDDY dalam carta daurah NMI. Semua undian hendaklah dibuat melalui: Sms- taip nmi e-mel- tuliskan kod lagu arebuddy, ab177 dan kirimkan ke nmi@islam.gov.my. Hanya 20 kiriman undian emel sahaja diterima bagi tempoh sehari dari satu alamat emel. Kiriman undi melalui cc, fwd, bcc dan re akan ditolak. Untuk menghantar komentar, saranan, ucapan dan selain undi hendaklah ditulis pada ruangan subjek : Pengundian adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak JAKIM tidak bertanggung jawab di atas kerugian sekiranya timbul semasa pengundian dibuat. NMI carta nasyid tv pertama di | ||
Panel : | ||
Penerbit :M.Aziz Mahmood | ||
Masa Terbitan :06.00 hingga 06.30 | ||
|
Sumber : Pengarah Bahagian Media Elektronik & Penyiaran
Editor : PRO JAKIM
Hits : 23 selanjutnya......
ARE BUDDY ENTERPRISE SDN BHD
DEPAN SEK. MEN, LONG YUNUS BERIS KUBUR BESAR, 16350 BACHOK, KELANTAN
PENGURUS ARTIS : 019-9911608 (ROSLAN) | PENGURUS PROMOSI : 017 9564969 (HAZMAN)
USAHA BERSAMA BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI)